Wednesday, October 21, 2009

PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Geografi Asia : Pengangkutan dan Perhubungan - Jenis-jenis Pengangkutan
1.Perhubungan dan pengangkutan memainkan peranan penting kerana merapatkan perhubungan antara:-

i. kawasan-kawasan dalam sesebuah negara
ii. negara-negara di benua Asia
iii. negara-negara Asia dengan negara-negara lain.

2.Cara perhubungan pada masa dahulu menggunakan:-
i. isyarat asap
ii. bendera
iii. memukul gendang
iv. burung merpati

3.Pada masa kini terdapat pelbagai jaringan sistem pengangkutan yang moden seperti jalan raya, jalan kereta api, jalan laut dan sungai.

4.Jalan raya merupakan cara pengangkutan yang penting di benua Asia.

5.Negara-negara yang mempunyai jaringan pengangkutan yang baik ialah Jepun, Singapura dan Malaysia.

6.Jalan raya yang terpanjang di Asia Tenggara ialah Highway One (2000 km) di Vietnam.

7.Lebuh raya Pan Asian dijangka dapat menghubungkan benua Asia dengan benua Eropah.

8.Faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan jalan raya di Asia ialah :-

i. bentuk muka bumi
ii. kegiatan ekonom
iii. bandar-bandar besar
iv. penduduk padat

9.Jaringan jalan kereta api di kebanyakan negara Asia amat kurang berbanding dengan jaringan jalan raya.

10.India mempunyai jaringan jalan kereta api yang terbesar di Asia.

11.Jepun mempunyai rangkaian sistem kereta api yang paling moden.

12.Negara-negara Asia yang mempunyai sistem kereta api elektrik ialah:-

i. Jepun
ii. Singapura
iii. Hong Kong

13.Jepun mempunyai ‘ kereta api peluru’ yang dapat bergerak selaju 210 km sejam.

14.Kemajuan teknologi membolehkan sisten kereta api bawah tanah di bina.Contohnya :- Hong Kong → Mass Transit Railway(MTR)Singapura → Mass Rapid Transit (MRT)

15.Jalan kereta api Trans Siberia adalah yang terpanjang di dunia, menghubungkan Vladivostok ke Moscow.

16.Rangkaian kereta api utama yang lain ialah:-Singapura – Padang Besar – Bangkok – Ho Chi Min – BeijingIstanbul (Turki) – Milan(Itali)

17.Kepentingan perkhidmatan kereta api ialah:-

i. murah dan mudah - digunakan untuk mengangkut barang pukal
ii. dapat mengatasi masalah kesesakan lalulintas
iii. memudahkan perhubungan di antara bandar-bandar utama Asia
iv. membawa kemajuan kepada kawasan-kawasan terpencil seperti Siberia.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment